8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

 8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya menerusi perkongsian di Twitter pada Ahad.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690).

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *