70 peratus penerima JKM terkejut bantuan ‘ghaib’

 70 peratus penerima JKM terkejut bantuan ‘ghaib’

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

AYER LIMAU – Kira-kira 70 peratus penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau terkejut apabila bantuan bulanan mereka ditamatkan tanpa makluman awal.

Ia berlaku sejak awal Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) fasa pertama sejak tahun lalu iaitu sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Kesannya, wakil penduduk terpaksa mencari sumber untuk membantu masyarakat yang terjejas.

Atas keprihatinan terhadap nasib rakyat, calon Barisan Nasional (BN) DUNAyer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, bertekad untuk memastikan rakyat yang terjejas akan menerima semula bantuan bulanan JKM mengikut syarat yang ditetapkan.

“Pada awalnya, saya terkejut menerima rungutan rakyat mengenai penamatan bantuan bulanan berkenaan, namun setelah meneliti isu itu kita masih boleh mengambil tindakan untuk membantu.

“Bagi saya kebajikan rakyat tidak wajar diperjudikan walau apa jua yang berlaku dalam politik negara.

“Sebab itu, kestabilan politik amat penting untuk memastikan kemakmuran daripada segala aspek tercapai termasuk kebajikan rakyat,” katanya ketika menyaksikan pertandingan futsal di Kampung Paya Lebar malam tadi.

Tambah beliau yang terkenal dengan panggilan Cikgu Hameed, setiap cadangan dan pandangan yang memberi manfaat kepada rakyat wajar diberi perhatian dalam mendapatkan penyelesaian segera untuk isu semasa iaitu kesan pandemik Covid 19.

“Contohnya, kita perlu ada satu sistem atas talian yang boleh mengenalpasti status pendapatan seseorang secara terus agar tiada keciciran bantuan atau pertindihan bantuan berlaku.

“Kita tidak mahu dengar ada rakyat yang layak tetapi tidak menerima bantuan sewajarnya sebaliknya yang tidak layak pula menerima bantuan, jadi satu mekanisme yang efektif perlu ada untuk menangani isu ini,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  +    =  90