6 guru positif, SMJK Hwa Lian Mentakab ditutup

 6 guru positif, SMJK Hwa Lian Mentakab ditutup

SMJK Hwa Lian Mentakab dekat Temerloh ditutup susulan penularan wabak Covid-19.

TEMERLOH, 3 November 2021 – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hwa Lian Mentakab, di sini ditutup selama seminggu susulan penularan wabak Covid-19.


Pengerusi Pengelola SMJK Hwa Lian, Datuk Hiang Ah Lee berkata, penutupan sekolah berkenaan dibuat bagi mengelak penularan Covid-19 selepas enam orang guru disahkan positif virus berkenaan.


“Setakat semalam tiada lagi pelajar yang direkodkan positif Covid-19 dan kita meminta mana-mana individu yang bergejala agar melakukan ujian Covid-19 dengan segera.


“Sekolah ditutup selama seminggu sehingga Khamis depan dan sanitasi juga dibuat di seluruh kawasan sekolah,” katanya di sini, hari ini.


SMJKC Hwa Lian terletak di Mentakab, di sini mempunya lebih 800 pelajar yang telah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.


Menurut Ah Lee, dalam tempoh penutupan sekolah kesemua pelajar akan mengikuti kelas melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  62  =  69