53,744 OKU Johor sedia menerima vaksin

 53,744 OKU Johor sedia menerima vaksin

Zaiton Ismail (atas kanan) meninjau operasi PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin, di sini semalam.

JOHOR BAHRU, 27 Ogos — Seramai 53,744 orang kurang upaya (OKU) di negeri ini telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 setakat 15 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, jumlah pendaftaran paling ramai yang direkodkan adalah di Johor Bahru, iaitu seramai 15,401 orang, diikuti Batu Pahat (8,065 dan Muar (5,619).

“Kita berharap agar lebih ramai lagi anggota keluarga individu OKU membantu mendaftarkan golongan ini dari semasa ke semasa agar mereka juga tidak ketinggalan mendapatkan vaksinasi.

“Sehubungan itu, kita menyeru golongan sasar untuk memanfaatkan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin di sini,” katanya selepas meninjau PPV berkenaan, semalam.

Hingga 15 Ogos lalu, seramai 71,072 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor.

Zaiton berkata, pihaknya menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) turut menyediakan pengangkutan kepada mereka yang layak, khususnya OKU dan warga emas.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

24  +    =  32