503,266 sudah divaksin di Johor setakat ini

 503,266 sudah divaksin di Johor setakat ini

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan

JOHOR BAHRU, 20 Jun – Seramai 354,039 penduduk di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama setakat ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata,
daripada jumlah itu, seramai 149,227 orang sudah menerima dos kedua hingga 17 Jun lalu.

Beliau berkata, proses vaksinasi terus berjalan terutamanya menerusi beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang beroperasi di seluruh negeri.

“Antaranya 20 PPV awam, dua PPV Klinik Kesihatan, enam Special PPV (SPPV), sebuah PPV mega, 54 PPV General Practitioner PPV, 11 PPV Hospital Swasta (PPVHS), PPV mobile dan PPV industri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Katanya, PPV mobile dilaksanakan di daerah-daerah bagi memberi imunisasi kepada warga emas dan di kawasan pedalaman.

Hingga semalam, seramai 6,852 orang telah diberi suntikan melalui PPV mobile,
manakala 1,407 pekerja diberi imunisasi dos pertama di PPV Industri Pengerang yang bermula 16 Jun lalu.

Selain itu, terdapat beberapa program yang dilaksanakan agensi lain seperti Projek rintis ‘mobile vaccination program’ (MVP) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), PPV Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) di Parit Sulong, Batu Pahat pada 14 hingga 15 Jun lalu.

Program vaksinasi bergerak Institut Jantung Negara (IJN) ke Pagoh, Muar pada 19 hingga 21 Jun ini juga dilaksanakan termasuk program mobilisasi vaksinasi komuniti (MOVAK) di Felda Lok Heng, Kota Tinggi pada hari ini.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  4