50 masjid di Kuala Kedah terima sumbangan YSS

 50 masjid di Kuala Kedah terima sumbangan YSS

Hajah Halimaton menyerahkan sumbangan YSS kepad wakil masjid disaksikan Dato’ Mohd Salleh (dua dari kiri) sempena pelancaran Program Ihya Ramadan 1442H di Alor Setar

Oleh Mohd Kamal Ahmad

ALOR SETAR, 13 April – Sebanyak 50 masjid dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima pelbagai sumbangan barangan dan wang tunai sempena Program Ihya Ramadan anjuran Yayasan Salleh Saidin (YSS).

Pengerusinya, Dato’ Mohd Salleh Saidin berkata, setiap masjid menerima 150 naskah al-Quran, 150 kotak kurma, 100 keping sampul duit raya, 150 takwim Ramadan serta wang tunai RM500.

Beliau berkata, yayasan itu  sentiasa menjalankan program amal untuk masyarakat, terutamanya di Kedah kerana amat prihatin terhadap permasalahan yang dialami golongan B40, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, pelajar, mangsa bencana dan sebagainya.

Menurutnya, YSS sentiasa mendekati dan menyantuni masyarakat melalui program khidmat sosial mahupun kerja amal sejak 2014 kerana berpegang kepada konsep ‘setiap rezeki yang diperolehi harus dikongsi dengan orang lain’.

“YSS berpendapat, program ini adalah satu kaedah terbaik untuk membolehkan kami menzahirkan rasa terima kasih dan mendekati serta menyantuni masyarakat di Kuala Kedah, khususnya masyarakat Islam,” katanya.

Pelancaran dan perasmian Program Ihya Ramadan 1442H itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah, Hajah Halimaton Shaadiah Saad di Masjid Tunku Safina, di sini.

Salleh berkata, Program Ilya Ramadan 1442H bertujuan untuk berkongsi rezeki dan meraikan ketibaan bulan mulia penuh barakah, iaitu Ramadan al-Mubarak, bersama dengan Jemaah masjid-masjid dalam Parlimen Kuala Kedah.

“YSS berharap sumbangan/infak yang tidak seberapa ini akan memberi manfaat kepada semua masjid amnya dan jemaah khususnya, sekali gus mengukuhkan ukhwah sesama Islam. Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan pada tahun ini akan lebih bermakna kepada kita semua,” katanya.

YSS ditubuhkan pada November 2014 dengan tujuan melaksanakan program dan kerja amal dalam bidang agama, kebajikan, pendidikan, pembangunan modal insan dan ekonomi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  1