50 asnaf di DUN Kuala Besut terima bakul makanan

 50 asnaf di DUN Kuala Besut terima bakul makanan

Oleh Mohammad Ishak

KUALA BESUT, 6 Mac: Kesulitan hidup golongan asnaf dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19 mendapat perhatian pihak yang bersimpati.

Pertubuhan Kebajikan Al-Faiqah Terengganu tampil menunaikan tanggungjawab sosial dengan mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada asnaf yang terpilih.

Presidennya, Ghazali Che Noh berkata, majlis penyerahan bakul makanan itu kepada golongan terbabit diadakan di Balai Raya Kampung Beris Lampu, dekat sini semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, dalam rangka lawatan kerja sehari ke daerah Besut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan itu kepada peserta terbabit.

Penerima sumbangan mengambil gambar kenangan

 

Hadir sama ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Terengganu (MAIDAM),Mohd Rozi Bidin.

Ghazali berkata, pertubuhan itu memilih asnaf dari DUN Kuala Besut kerana ramai dalam kalangan penduduknya adalah nelayan yang berpendapatan rendah.

Katanya, sumbangan itu walaupun tidak seberapa ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban hidup golongan berkenaan terutama ketika mereka kini sedang berhadapan dengan PKPP.

Dr Zulkifli berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) negara ini tanpil membantu penduduk yang terjejas dengan menghulurkan bantuan ketika menghadapi COVID-19 yang masih menular di seluruh negara.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  1