5 jenis makanan untuk elak masalah perut buncit

 5 jenis makanan untuk elak masalah perut buncit

PETALING JAYA: Tahukah anda, menurut kajian, hampir 90 peratus lelaki di Malaysia mempunyai masalah dengan perut buncit.

Ini kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadi perkara tersebut, antaranya kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Perut adalah salah satu anggota badan yang paling elastik dan lentur. Lemak perut yang terus berkumpul boleh dikatakan menjadi masalah biasa bagi orang ramai.

Perut buncit bukan sahaja menjadikan tubuh kelihatan kurang menarik, tetapi juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit hati berlemak.

Ramai orang cuba berdiet untuk mengurangkan lemak perut, tetapi ini bukan penyelesaian yang betul.

Cara terbaik untuk mengecutkan perut ialah memilih jenis makanan yang sesuai dan bersenam setiap hari. Berikut ini makanan yang paling berkesan untuk mengurangkan buncit pada perut.

TEMBIKAI

Menurut Kajian American Dietetic Association, mereka mendedahkan bahawa tembikal adalah makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak pada perut. Selain itu, tembikai juga menjadikan anda kenyang lebih lama dan membantu mencegah dehidrasi.

Tembikai mengandungi banyak vitamin B1, B6, dan C, potasium, dan magnesium. Jadi, tembikai adalah satu buah yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

KACANG BADAM

Badam mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membina otot. Malah, badam dipercayai mengurangkan risiko penyakit jantung. Di samping itu, badam mempunyai kurang kalori, jadi tidak akan menambah lemak ke perut. Oleh itu, makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan.

DAUN SADERI

Saderi mengandungi kalsium dan vitamin C yang boleh mengurangkan berat badan. Pada yang kurang gemar daun saderi dalam salad atau sup, boleh memprosesnya menjadi jus. Jus daun saderi sangat berguna, terutama sebelum makan tengahari atau makan malam.

Makan timun setiap hari adalah satu cara yang sihat yang berkesan untuk membersihkan racun berbahaya dalam tubuh badan. Timun mengandungi banyak mineral, serat, dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan. Timun secara tidak langsung adalah baik untuk mengurangkan berat badan.

TOMATO

Tomato mengandungi sedikit kalori, tetapi menyimpan sebatian 9-oxo-ODA. Ini dapat membantu mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak perut. Di samping itu, antioksidan kuat yang dipanggil lycopene yang dimiliki oleh tomato juga menyediakan pelbagai manfaat tambahan. Sebagai contoh, mengurangkan kedutan, melawan kanser, dan mengurangkan tahap kolesterol.

EPAL

Berdasarkan satu kajian di Brasil, seseorang yang makan tiga biji epal atau lebih setiap hari beratnya berkurangan berbanding yang tidak. Serat pektin dalam epal dikenali berguna untuk menurunkan berat badan. Malah, pektin ini dapat mengurangkan risiko terkena kanser usus besar

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

39  −  34  =