5.36 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia

 5.36 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia

KUALA LUMPUR, 3 Sept –– Lebih 5.36 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.07 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 663 juta dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 371 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos ialah Brazil, Jepun dan Jerman.

Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 101 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 35 juta dos.

Filipina dengan 34 juta dos dan Thailand pula melebihi 32 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

47  +    =  57