44 maut dalam insiden rempuhan di Israel

 44 maut dalam insiden rempuhan di Israel

BAITULMAQDIS, 30 April  — Sekurang-kurangnya 44  orang maut dan 100 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di festival Israel pada tengah malam Khamis, lapor Xinhua, memetik media tempatan.

Kejadian berlaku di Gunung Meron di utara Israel. Punca sebenar masih belum jelas.

Perkhidmatan ambulans Israel Magen David Adom di Twitternya menulis telah merawat 50 mangsa, termasuk 20 pesakit  yang kritikal.

Pihak berkuasa penyelamat berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap, menurut harian Haaretz.

Enam helikopter dihantar ke tempat kejadian untuk memindahkan mangsa yang cedera dan sebuah hospital lapangan telah didirikan.

Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku apabila beberapa orang tergelincir ketika menaiki tangga, menyebabkan lebih ramai terjatuh.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

42  −  32  =