424 keluarga terima sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor

 424 keluarga terima sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor

David Wong (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan YSIJ di Kampung Melayu Batu 10 dan Kampung Melayu Kangkar Pulai, Skudai, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU, 11 Jul — Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secara berterusan mengurniakan bantuan makanan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bantuan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) itu disampaikan kepada 424 keluarga di Kampung Melayu Batu 10 dan Kampung Melayu Kangkar Pulai, Skudai di sini, hari ini.

Seorang penerima bantuan, Suraiani Sibin, 41, bersyukur atas kurniaan yang diterima daripada Sultan Johor.

Ibu kepada Muhammad Ariff Hakim, 11, yang lumpuh pada bahagian kiri badan dan masalah pertuturan sejak kecil selepas dilahirkan pada usia tujuh bulan terharu dengan keprihatinan Sultan Johor dalam membantu rakyat.

“Saya amat bersyukur atas bantuan makanan yang diterima dan berterima kasih kepada Tuanku Sultan yang sentiasa membantu rakyat susah,” katanya.

Bantuan disampaikan wakil Sultan Johor, Mejar Cina Datuk David Wong dengan diiringi Penghulu Kanan Mukim Pulai, Zainuddin Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Zainuddin akan mewakili untuk mengagihkan bantuan berkenaan.

“Kampung-kampung sekitar ini ramai warga emas yang memerlukan bantuan dan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Bantuan tersebut turut disampaikan kepada keluarga memerlukan serta warga emas di kediaman masing-masing.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *