Tahun Kedua Di Pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Shiha

 Tahun Kedua Di Pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Shiha


PETALING JAYA : Penyanyi Shiha Zikir berkongsi keterujaan apabila single AEWO yang mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa mendapat peluang untuk bersaing di negara sendiri. 

Shiha bersyukur dengan peluang untuk mempertaruhkan lagu AEWO yang dinyanyikan bersama penyanyi Noki K-Clique berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36. 

“AEWO meraih trofi Pop Asia Terbaik pada InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu. Syukur ke hadrat Ilahi kali ini dapat peluang di Malaysia pula untuk ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36.

“Saya berharap lagu AEWO yang bakal dipersembahkan nanti dapat memberi kelainan kepada peminat. Saya belum ada sebarang perancangan lagi, tapi apa yang boleh saya katakan saya akan memberikan persembahan yang terbaik,” katanya. 

Shiha bertanding di pentas akhir Separuh Akhir Muzik Muzik 35 dan Anugerah Juara Lagu 35 menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mendendangkan lagu 7 Nasihat bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo pada tahun lalu. 

Menurut Shiha, memandangkan lagu AEWO berentak rancak dan memerlukan gerak tarian, dia akui perlu persiapan rapi sebelum hari persembahan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

72  −    =  66