4 kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran

 4 kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran

Oleh Nurman Nasyriq

MUAR, 19 Mac – Empat kanak-kanak nyaris maut ketika menyelamatkan diri dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Kampung Parit Kedondong, Parit Jawa di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.34 petang itu, Nur Farishah, 12, Muhammad Firash, 7, dan Muhammad Yazid, 10, melecur di bahagian kaki manakala Muhammad Sabri, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa cedera ketika menyelamatkan diri selepas menyedari kebakaran di rumah tersebut dan penduduk kampung yang menyedari kejadian itu datang membantu namun kebakaran marak dengan cepat.

Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT),
satu jentera Light Fire Rescue Team (LFRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua BBP Muar, Penguasa Kanan Penolong Bomba Mohd Jefri Jamal berkata,
kebakaran itu melibatkan
sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50 kaki x 25 kaki.

Tiga kanak-kanak melecur bahagian kaki semasa menyelamatkan diri dalam kebakaran di Kampung Parit Kedondong, Parit Jawa, Muar, hari ini.

“Kemusnahan dianggarkan lebih kurang 95 peratus. Tiga kanak-kanak berkenaan telah diberikan rawatan awal oleh unit EMRS bomba.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital berdekatan. Dua daripada mangsa dipercayai adik-beradik dan ketika kejadian ibu bapa mereka tiada di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, operasi memadam kebakaran tamat pada jam 7 petang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  −  9  =