38 komuniti Cina dirai KWP

 38 komuniti Cina dirai KWP

PUTRAJAYA : Seramai 38 orang komuniti Cina di Wilayah Persekutuan Putrajaya menerima sumbangan buah limau dan wang tunai menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bersama agensi dibawahnya iaitu Perbadanan Putrajaya (PPj) , Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

“Seramai 38 keluarga hari ini dipilih dan menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM150 ringgit dan limau mandarin simbolik perayaan Tahun Baru Cina.

“Bantuan dihulurkan melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya. Usaha ini adalah bagi mendekati warga Putrajaya berbangsa Tionghua dan sekali gus memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina bagi tahun ini,” katanya.

Shahidan berucap ketika ditemui di Majlis Penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya tahun 2022 di Laman Exora, Presint 8, pada Rabu.

Jelasnya, pemberian sumbangan ini merupakan satu usaha KWP bersama agensi mendekati warga Putrajaya berbangsa Tionghua serta mengeratkan perpaduan kaum masyarakat Malaysia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha KWP, Datuk Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Naib Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadhlun Mak Ujud Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun serta Pengerusi MPP Putrajaya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  36  =