Volvo cipta trak fosil

 Volvo cipta trak fosil

Trak fosil Volvo. FOTO Ihsan Volvo Group

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Volvo memperkenalkan trak pertama di dunia diperbuat daripada bahan bakar fosil bebas besi untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar, air dan bahan buangan berbahaya yang digunakan untuk membuat bahan bangunan.

Trak empat tayar yang menggunakan kuasa elektrik itu sesuai digunakan untuk melakukan kerja kuari dan perlombongan.

Fosil bebas besi dibentuk dengan penemuan pembuatan besi hidrogen (HYBRIT) yang menggunakan kuasa elektrik daripada sumber diperbaharui untuk mencipta gas pembakaran bersih.

Dengan proses ini, hidrogen akan menggantikan bahan bakar fosil dalam penghasilan pelet besi dan proses penapisan.

Besi alam sekitar digunakan oleh Volvo dibangunkan oleh sebuah firma mengkhusus dalam pembuatan besi daripada bahan mentah, SSAB.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SSAB, Martin Lindqvist berkata menerusi satu kenyataan: “Pembuatan kenderaan pertama menggunakan fosil bebas besi SSAB adalah satu pencapaian baru. Kolaborasi kami dengan Kumpulan Volvo menunjukkan perubahan hijau boleh berlaku dan memberikan hasil.

“Kami bersama sama akan meneruskan usaha mengurangkan kesan impak untuk kegunaan pelanggan sambil memastikan pelanggan kami mendapat produk berkualiti tinggi.

“Usaha memandang ke hadapan dalam penghasilan produk fosil bebas besi bersama Kumpulan Volvo dalam bidang penyelidikan dan pembangunan akan diteruskan.”

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *