Pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal 2022 – Pegawai WHO

 Pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal 2022 – Pegawai WHO

COPENHAGEN, 22 Feb — Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge percaya pandemik COVID-19 akan berakhir pada awal 2022, lapor Agensi Berita Anadolu.

COVID-19 masih merebak pada 2021, namun ia akan lebih terkawal berbanding tahun lalu,kata kepada saluran penyiaran Denmark, DRĀ  pada Ahad.

Hans Kluge, Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah

Menyifatkan situasi terburuk kini berakhir, Kluge berkata terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini dibandingkan dengan 2020, ketikaĀ peringkat awal penularan.

Namun, turut mengingatkan tidak ada sesiapapun yang dapat mengetahui keadaan pandemik COVID-19 pada masa depan.

“Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,ā€ katanya.

Kluge berkaraĀ mutasi adalahĀ perkara biasa dan virus ini sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi yang pantas.

Menurutnya, WHO memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkanĀ untukĀ melawan jenis virus yang pantas merebakĀ itu, katanyaĀ jika perlu vaksin dapat diubah berdasarkan mutasi baharu dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Beliau berkata mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal namunĀ ia akan memberiĀ lebih tekanan kepada negara-negara yang sistem penjagaan kesihatannya sudah di tahap sukar.

Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang telah divaksin berada di kelompokĀ sama dengan golongan tidak divaksin, kerana itu faktorĀ penjadualanĀ memainkan perananĀ sangat penting, katanya.

— BERNAMA

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

27  −    =  26