32 lelaki ‘degil’ dikompaun main badminton semasa PKP

 32 lelaki ‘degil’ dikompaun main badminton semasa PKP

Seramai 32 lelaki dikompaun kerana bermain badminton yang melanggar peraturan PKP di Gelanggang Badminton DJ Sport, Batu 6, Jalan Skudai, Johor Bahru, kelmarin. Foto WMY/Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 18 Jun — Seramai 32 orang dikompaun kerana bermain badminton di Gelanggang Badminton DJ Sport, Jalan Skudai di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kesemua lelaki yang berusia antara 18 hingga 44 tahun itu ditahan pada jam 5.35 petang.

“Serbuan dan pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat awam dan kita  mendapati 32 lelaki berada dalam dewan sedang bermain badminton yang mana aktiviti itu tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua mereka dibawa ke IPD Johor Bahru Utara dan 32 kompaun dikeluarkan dengan setiap seorang dikenakan RM1,500 manakala pemilik premis pula dikenakan RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan bermain badminton semasa tempoh PKP dan tidak menjaga penjarakan fizikal di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020. Nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM48,500.

“Semua mereka dibebaskan tanpa syarat selepas kompaun dikeluarkan dan dinasihati membayar kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Polis menyeru agar orang ramai mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang COVID-19.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1