300 kaum Cina sertai BERSATU Kulai

 300 kaum Cina sertai BERSATU Kulai

Oleh Nurman Nasyriq

KULAI, 7 Mac — Seramai 300 masyarakat Cina menjadi ahli baharu Parti BERSATU Kulai selepas menyerahkan borang keahlian, malam tadi.

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua BERSATU Bahagian Kulai, Tosrin Jarvanthi di kediamannya di di Jalan Nuri, Felda Taib Andak, dekat sini.

Pada majlis itu, 50 ahli baharu yang mewakili 300 masyarakat Cina antaranya dari Indahpura, Bandar Putra dan Seelong menyerahkan borang keahlian kepada Tosrin.

Hadir sama Setiausaha BERSATU Bahagian Kulai, Mosliadi Jasmani.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai mengakui terkejut dengan pilihan masyarakat Cina yang datang dari kawasan bandar dan pekan.

“Saya tidak sangka dengan keputusan yang tidak terduga ini, mereka memilih BERSATU dan bukan DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti lain.

“Mereka menyertai BERSATU kerana yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden BERSATU,” katanya.

Katanya, keyakinan ahli baharu itu juga kerana pendekatan yang dilakukan beliau sebagai wakil rakyat dalam program dianjurkan sekitar kawasan Bukit Permai yang membuka kaunter aduan masalah rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri berkata, kemasukan mereka juga disifatkan sebagai satu rahmat kepada parti.

Dijangka 1,000 lagi masyarakat Cina dan India akan menyertai BERSATU Kulai sebagai ahli baharu. Penyerahan borang kemasukan ahli akan dilakukan dalam konvensyen parti ini pada 30 Mac ini yang dijangka dirasmikan Muhyiddin.

Dalam pada itu, Mosliadi berkata, kemasukan 300 ahli baharu berkenaan bakal mengukuhkan parti di daerah ini, sekali gus menarik minat lebih ramai bukan Melayu untuk menyertai BERSATU.

Ketika ini, jumlah keahlian parti itu lebih 4,000 orang dan dijangka bertambah dalam masa terdekat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  −  63  =