300 anak tangga, Steps@Putrajaya bakal jadi ikon

 300 anak tangga, Steps@Putrajaya bakal jadi ikon

PUTRAJAYA : “Jika Batu Caves popular dengan tangganya, kita ingin membina satu lagi ikon seperti Steps@Putrajaya yang bakal dibangunkan dengan 300 anak tangga.

“Ramai yang tertanya-tanya dimanakah lokasinya? Itu masih lagi rahsia namun apa yang boleh saya kongsi adalah tangga yang bakal dibina itu mengurangkan kos dan menggunakan konsep semulajadi”.

Demikian ucapan Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang berkongsi perancangan untuk membina satu lagi ikon seperti Steps@Putrajaya sebagai tarikan baharu di Wilayah Persekutuan.

Shahidan berkata ikon baharu itu bakal dibina 300 anak tangga itu akan dibangunkan dengan konsep baharu dan kos pembinaan akan dikurangkan.

Beliau berucap kepada pihak media selepas merasmikan Bulan Pencahayaan Pemetaan Putrajaya di Steps@Putrajaya di sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar, Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk TPr Fadlun Mak Ujud.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun.

Mengangkat tema Keluarga Malaysia, Shahidan berkata pertunjukan pencahayaan itu menyemarakkan lagi semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Konsep Keluarga Malaysia bermakna semangat kekitaan iaitu ‘Our City Our Home‘ dan sebab itu kita paparkan dalam sambutan malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, PPj dalam satu kenyataan berkata, bulan pencahayaan Wilayah Persekutuan Putrajaya diwarnakan dengan pemetaan pencahayaan yang julung kali diadakan di Tangga Putrajaya, Presint 1 Putrajaya.

PPj memaklumkan, semua fasad bangunan kerajaan dan bangunan komersil di Putrajaya akan dinyalakan pencahayaan jenis ‘Festive Mode’, selaras dengan Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya bermula dari 26 Januari sehingga 28 Februari 2022.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

49  −    =  40