30 program di Labuan sejajar Hari Wilayah Persekutuan

 30 program di Labuan sejajar Hari Wilayah Persekutuan


KUALA LUMPUR : Sejajar sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 (SHWP2022), 30 program dan acara bakal dilaksanakan di Labuan mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Mengangkat tema Keluarga Malaysia dengan menggunakan tanda pagar SHWP2022, WilayahKita dan OurCityOurHome, pelbagai program dirangka untuk dilancarkan di pulau bebas cukai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, pelaksanaan program yang dirangka akan diadakan pada setiap minggu sepanjang Februari ini.

Gambar sumber Wilayahku

“Pematuhan SOP COVID-19 dan kawalan yang ketat semasa perhimpunan, sambutan kali ini akan lebih bermakna apabila kita dapat kembali meraikannya selepas dua tahun pandemik melanda.

“Sambutan SHWP2022 akan dimulakan dengan pertandingan Cabaran Tik Tok 2022 mulai dari 24 Januari hingga 28 Februari, diikut aktiviti pencahayaan Wilayah Persekutuan pada 30 Januari hingga 28 Februari,” katanya.

Rithuan mengulas mengenai program yang disusun pada sidang media di Wisma Perbadanan Labuan, di sini hari ini.

Beliau berkata program lain yang turut diadakan adalah pelancaran pengibaran bendera Wilayah Persekutuan, bacaan surah Yassin dan doa selamat serta pameran Keluarga Malaysia, acara sukan dan muzik pada 5 hingga 28 Februari dan Kenduri Wilayah pada 24 Februari.

Selain itu, Rithuan turut memaklumkan pihaknya akan mengadakan kempen diskuan penjualan kupon letak kereta dan diskaun bayaran kompaun letak kereta pada 4 sehingga 28 Februari.

“Kempen ini akan dilaksanakan dalam tempoh satu bulan. Kita harap semua warga Labuan mengambil peluang ini untuk menyemak semula jika mempunyai kompaun,” katanya.

Sumber : Wilayahku

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

89  +    =  99