30 Jentera BERSATU Negeri Johor Bantu Penduduk Terkesan Banjir Di Puchong

 30 Jentera BERSATU Negeri Johor Bantu Penduduk Terkesan Banjir Di Puchong

PUCHONG, 25 Dis – Seramai 30 jentera BERSATU Negeri Johor hadir membantu penduduk-penduduk yang terkesan akibat banjir di Puchong, baru-baru ini.

Ketua Bahagian BERSATU Puchong, Mohd Shukor Mustaffa berkata mereka membantu membersihkan kawasan rumah penduduk-penduduk selain berpeluang membersihkan masjid di kawasan itu.

Ketua Bahagian BERSATU Puchong, Mohd Shukor Mustaffa

“Ada lima kampung terlibat secara total dalam banjir. Ini merupakan hari kelima kami menghulurkan bantuan sejak banjir mula melanda di Puchong, dengan memindahkan penduduk-penduduk ke pusat penempatan sementara.

“Alhamdulillah, semalam dan hari ini adalah fasa kedua kami membantu penduduk-penduduk membersihkan rumah-rumah yang terlibat, dan kami juga berpeluang membersihkan masjid di kawasan ini.

“Terima kasih kepada sahabat dari BERSATU Negeri Johor, bersama 30 jentera datang ke Puchong untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan terlibat,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shukor berkata pihaknya turut mewujudkan bilik gerakan banjir dengan mengumpulkan barang-barang keperluan untuk kemudahan penduduk di sekitar.

“Boleh datang dan ambil, jika ada keperluan dari segi baju dan makanan.

“Selain itu, kami juga sediakan masak dan makan yang boleh diambil di bilik gerakan ini setiap tengah hari dan malam,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

69  −    =  67