3 Februari hari cuti bergaji untuk pekerja di Wilayah Persekutuan 

 3 Februari hari cuti bergaji untuk pekerja di Wilayah Persekutuan 


PETALING JAYA : Berikutan pertindihan cuti bagi perayaan Tahun Baru Cina yang disambut pada 1 dan 2 Februari serta Hari Wilayah Persekutuan pada 3 Februari, semua pekerja sektor swasta diberi satu hari pelepasan am berbayar kepada pekerja.

Mengikut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), semua majikan bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan peruntukkan satu hari kelepasan am pada 3 Februari itu bagi mematuhi Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Memandangkan kedua-dua hari pelepasan ini bertindih pada 1 Februari, tambahan satu hari lagi hendaklah diberikan kepada pekerja sebagaimana diperuntukkan di dalam proviso Seksyen 60D(1)(b)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265).

“Sekiranya majikan tidak menyenaraikan Tahun Baru Cina sebagai hari pelepasan am yang diambil, pekerja perlu diberikan pelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja,” jelas JTKSM.

Tambahnya, Seksyen 60(1)(b)(ii) Akta 265 memperuntukkan jika mana-mana hari kelepasan am dalam (a) dan (b) jatuh pada mana-mana hari yang sama, hari bekerja berikutnya selepas itu perlu dijadikan sebagai hari kelepasan am berbayar sebagai ganti.

Mengulas lanjut, JTKSM memaklumkan cuti berbayar tambahan itu hanya tertakluk kepada majikan yang memilih Tahun Baru Cina sebagai hari kelepasan am.

“Bagi majikan yang tidak menyenaraikan Tahun Baru Cina sebagai hari kelepasan am yang diambil, majikan hanya perlu memberikan hari kelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah iaitu pada 1 Februari sahaja,” katanya.

sumber : Wilayahku

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

42  −  32  =