28 tan daging kerbau dari India bernilai RM293,842 dirampas

 28 tan daging kerbau dari India bernilai RM293,842 dirampas

PASIR GUDANG, 16 Jun – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 28 tan daging kerbau tanpa tulang dari India di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, daging berkenaan ditemukan dalam sebuah kontena hasil pemeriksaan yang dilakukan anggotanya pada jam 5.40 petang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati nombor seal pada kontena tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam dokumen perkapalan (bill of lading)
yang diikrarkan.

“Kesemua daging kerbau tanpa tulang itu dirampas untuk tindakan lanjut. Daging tersebut dianggarkan bernilai RM293,842,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang
palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan.

Nombor seal pada kontena muatan daging kerbau dari India di Pelabuhan Pasir Gudang tidak sama seperti yang dinyatakan dalam dokumen yang diikrarkan.

Katanya, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan permit, lesen, perakuan atau dokumen lain yang
palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan.

“Di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan akan terus diperkasakan lagi di semua pintu masuk negara.

Ini bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1