250 Sukarelawan Bantu Bersih 20 Rumah Terjejas Banjir

 250 Sukarelawan Bantu Bersih 20 Rumah Terjejas Banjir

Foto : Penerangan Bersatu Malaysia

HULU LANGAT, 26 Dis – Seramai 250 sukarelawan Skuad Prihatin BERSATU Selangor terlibat dalam membantu membersihkan 20 buah rumah yang dipenuhi lumpur akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Ketua Bahagian BERSATU Hulu Langat, Dato’ Dr. Mohd Radzi Abd Latif berkata 10 pasukan dibentuk untuk menyelesaikan dua rumah bagi setiap pasukan di Kampung Jawa, pada Sabtu.

“20 rumah yang rosak teruk serta dipenuhi lumpur dalam dan luar dapat dibersih. Jentera seperti backhoe, tipper, roro sumbangan bahagian terlibat serta perkakasan membersih rumah dan makan minum peserta disumbangkan oleh Badan Perhubungan Negeri BERSATU Selangor.

“Sumbangan waterjet, T-shirt dan peralatan asas dari pimpinan Pusat sangat membantu.

“Kerja-kerja diteruskan untuk memungkinkan penduduk dapat memasuki rumah mereka seawal mungkin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Turut hadir Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Rina Mohd Haron, Pengerusi BPN Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan jentera-jentera Bahagian BERSATU hadir memberi sokongan dan bantuan.

Foto : Penerangan Bersatu Malaysia

Kata Dr Mohd Radzi, pasukan mereka menghadapi kesukaran apabila tiada bekalan elektrik di kawasan terbabit.

Ini menyebabkan hanya dua unit genset dapat digunakan bagi kegunaan 20 buah rumah.

“Kawasan tersebut tiada bekalan letrik peralatan spt waterjet sumbangan HQ tidak dapat digunakan. Genset terhad untuk 2 unit sahaja bagi menampung 20 buah rumah.

“Bantuan genset berkuasa tinggi dan extension panjang untuk sekurang-kurangnya empat set termasuk satu water pump bagi membekal air yang boleh disedut dari sungai berdekatan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, operasi Skuad Prihatin BERSATU Selangor akan menyusun jadual bagi 1 Januari tahun depan (Sabtu) bertempat di Bistari Jaya, Parlimen Tanjung Karang dan 2 Januari (Ahad) di Seksyen 23, Shah Alam.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =