23 kanak-kanak Orang Asli berkhatan

 23 kanak-kanak Orang Asli berkhatan

PEKAN: Seramai 23 kanak-kanak Orang Asli berusia antara lima hingga 12 tahun berkhatan sempena program khatan anak asnaf muallaf di Klinik Kesihatan Bandar Pekan, di sini.


Program kali ke empat itu dianjurkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Pekan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) Pekan dan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan.

Kanak-kanak Orang Asli selesai berkhatan pada program khatan anak asnaf muallaf di Klinik Kesihatan Bandar Pekan.


Pengerusi PERKIM Cawangan Pekan Datuk Mohd Aripin Daut berkata, kanak-kanak yang menyertai program berkhatan kali ini tinggal dibeberapa perkampungan Orang Asli di daerah ini.


Menurutnya, tiada sebarang bayaran dikenakan pada penjaga yang menyertai program itu.


“Usaha yang dilakukan PERKIM Cawangan Pekan ini antara bantuan disediakan kepada masyarakat Orang Asli yang memeluk Islam.


“Setiap kanak-kanak yang menyertai program khatan kali ini turut disediakan hadiah atas beranian mereka,” katanya yang akan terus mengadakan program khatan anak asnaf muallaf pada masa akan datang.


Sementara itu Pengurus MUIP Cawangan Daerah Pekan, Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, sokongan penggerak masyarakat Orang Asli daerah ini turut menjayakan program ini dengan memberi nasihat kepada ibu bapa untuk mengkhatankan anak mereka.
“Program berkhatan kali ini tidak dapat diadakan secara lebih meriah seperti sebelum dilakukan sebelum ini berikutan wabak Covid-19,” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  70  =  72