23 ikon media di bawah Yayasan KRU

 23 ikon media di bawah Yayasan KRU

PETALING JAYA : Presiden Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kru, Datuk Norman Abdul Halim menjelaskan, seramai 23 ikon media telah mendaftar untuk menjalinkan kerjasama bagi menjayakan program Kita Jaga Kita yang dilancarkan semalam.

Norman berkongsi, secara kumulatif akaun media sosial ikon media yang dipilih mencapai 15 juta pengikut. Ia sejajar dengan visi untuk membantu golongan belia mencipta peluang ekonomi melalui platform-platform digital berteraskan kemahiran berkaitan industri kreatif.

“Ikon media dipilih berdasarkan beberapa kriteria dan mereka juga berada secara dekat dengan kami sendiri. Malah, mereka juga turut menyumbang vokal dan menjayakan muzik video untuk disalurkan terus ke tabung Yayasan KRU.

“Kami percaya program ‘Kita Jaga Kita’ juga akan memberi impak yang tersendiri khususnya mengubah nasib golongan belia B40 bagi membantu keluarga masing-masing.

“Program ini sudah mula mendapat sokongan sektor swasta, ikon-ikon media serta sukarelawan bagi menyemarakkan semangat keusahawanan dalam kalangan belia,” kata Norman ketika pelancaran program itu secara maya pada Isnin.

Antara barisan selebriti yang dipilih sebagai ikon media adalah Amber Chia, Datin Lisa Surihani, Dato’ Seri Eizlan Yusof, Dato’ Nancie Foo, Linda Rafar, Adam AF, Steve Yap, Winnie K dan ramai lagi.

Sejajar dengan visi kerajaan di dalam Wawasan Kesejahteraan Bersama 2030, golongan belia harus bersedia untuk mencipta peluang ekonomi dengan cara baharu khususnya melalui platform digital yang berteraskan kemahiran berkaitan industri kreatif.

Tambahnya, sebagai persediaan pra-pelancaran akan datang, beliau menjemput orang ramai untuk menjadi sukarelawan dengan hanya mendaftarkan diri melalui laman sesawang Yayasan KRU.

“Sukarelawan hanya perlu membantu Yayasan KRU memuat baik dan berkongsi bahan-bahan hebahan program ini melalui platform media sosial masing-masing.

“Ini termasuklah lagu tema dan video muzik Kita Jaga Kita nyanyian artis-artis tempatan sekali gus meningkatkan lagi kesedaran pelbagai pihak bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Sukarelawan hanya perlu membantu Yayasan KRU memuat naik dan berkongsi mengenai program ‘Kita Jaga Kita’ di media sosial sekali gus membantu meningkatkan lagi kesedaran pelbagai pihak bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke enquiries@yayasankru.org.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *