2,000 penduduk empat kampung lega, PKPD tamat

 2,000 penduduk empat kampung lega, PKPD tamat

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 27 Feb:  Lebih 2,000 penduduk empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, menyambut baik Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  yang telah ditamatkan berkuatkuasa jam 12.01 pagi tadi.

Penamatan PKPD berkenaan melegakan penduduk dari Kampung Darau, Kampung Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepang Kejur kerana mereka kini tidak lagi terkurung sebaliknya boleh meneruskan rutin kehidupan seperti biasa.

Penduduk Rahim Harun, 60, berkata, sepanjang tempoh 14 hari mereka berada dalam perintah itu, pihak berkuasa sentiasa mengambil berat terhadap masalah orang ramai terutama pengagihan bantuan makanan.

Katanya, walaupun penduduk tidak dapat keluar berurusan dengan masyarakat luar tetapi dengan adanya pelbagai bentuk bantuan yang disediakan, ia dapat membantu meringankan penduduk yang terjejas dengan PKPD berkenaan.

PKPD membabitkan empat kampung berkenaan dilaksanakan pada 14 Februari.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada sidang media Kuala Lumpur pada 25 Februari mengumumkan penamatan PKPD empat kampung terbabit selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat penilian terhadap pandemik COVId-19 di kawasan berkenaan, mengesahkannya sudah pulih.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) tutut bergotong- royong membantu anggota keselamatan membersihkan penempatan lokasi SJR  sebaik sahaja tempoh pelaksanaan PKPD ditamatkan malam tadi.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

56  +    =  58