200 tablet untuk murid terpilih di Besut

 200 tablet untuk murid terpilih di Besut

Idris menyampaikan tablet kepada seorang murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH 21 Feb: Kira-kira 200 tablet diagihkan kepada pelajar miskin dan keluarga B40 di Parlimen Besut, semalam.

Sumbangan itu disampaikan dari rumah ke rumah pelajar terpilih oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengerusi FELDA. Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Abdullah Zawawi Yahya.

Idris berkata, kemudahan peranti itu diharap dapat melancarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) golongan berkenaan.

“Saya berkunjung ke rumah pelajar bertuah ini untuk menghadiahkan mereka tablet percuma dan semoga sumbangan diberikan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau menambah, pengagihan tablet itu bagi membantu pelajar terutama di luar bandar kerana ramai kalanagan ibu bapa mereka tidak mampu membelinya.

Katanya, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada mana-mana pelajar di Parlimen Besut tercicir daripada sesi PdPR.

Idris berkata, pihaknya juga akan mengagihkan kumputer riba kepada pelajar sekolah menengah di parlimen berkenaan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, seorang bapa, Zakaria Sulaiman, 47, dari Kampung Bukit Mali yang bekerja buruh dan mempunyai 11 anak tidak mampu menyediakan peralatan tersebut kerana terpaksa menanggung keluarga yang ramai.

“Dengan adanya sumbangan berkenaan dapatlah anak-anak menggunakannya untuk faedah pembelajaran,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  1  =  2