20 Orang Asli belajar buat pekasam

 20 Orang Asli belajar buat pekasam

Mohd Fikri Mie

BENTONG, 10 November 2021 – Seramai 50 peserta termasuk 20 masyarakat Orang Asli menyertai kursus pemprosesan ikan pekasam di Kampung Sungai Dua Olak, di sini semalam.

Program julung kali diadakan untuk komuniti Orang Asli itu dianjurkan Jabatan Perikanan Pahang sebagai usaha menambah pendapatan keluarga.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, sumber ikan sungai yang banyak terdapat di kawasan penempatan mereka menjadi kelebihan kepada peserta menghasilkan produk ikan pekasam.
Menurutnya, selain untuk hidangan keluarga mereka juga boleh menjual kepada penduduk setempat bagi menambah pendapatan.

Katanya, penyertaan kaum wanita Orang Asli pada kursus kali ini begitu menggalakkan, mereka begitu berminat untuk menghasilkan produk tradisional itu.

“Sempena program sehari ini kita turut menyediakan sebanyak 20 Bakul Bantuan Makanan (BBM) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin diberikan kepada golongan sasar Orang Asli di Kampung Sungai Dua Olak.

“Pada program berkenaan turut diadakan pelepasan benih ikan ke perairan umum, sebanyak 30,000
benih ikan spesies Lampam Sungai, Sebarau dan Kelah dilepaskan di kawasan jeram Air Terjun Lata Bunta yang terletak dalam Kampung Sungai Dua Olak,” katanya.

Beliau berkata, sempena program berkenaan pertemuan dengan penduduk komuniti Orang Asli Kampung Sungai Dua Olak diadakan bagi mendapat maklum balas berkaitan perlindungan kawasan ikan air tawar bernilai tinggi, selain perkembangan aktiviti ekopelancongan di Air Terjun Lata Bunta yang mampu menjana pendapatan penduduk setempat.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

56  −  49  =