2 warga Eropah ditahan disyaki salah guna dadah

 2 warga Eropah ditahan disyaki salah guna dadah

KUALA LUMPUR, 20 Mac  — Dua warga Eropah disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan di sebuah kondominium di Jalan Segambut hari ini.

Kedua-duanya, seorang lelaki Perancis berumur 30 tahun dan seorang wanita Denmark berumur 35 tahun ditahan dalam serbuan pada kira-kira 12 tengah malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ujian saringan ke atas lelaki itu didapati positif dadah jenis tetrahidrocannabinol (THC) manakala ujian ke atas wanita tersebut adalah negatif.

“Polis telah merampas dadah jenis ganja seberat 2.05 gram dalam serbuan itu,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata suspek lelaki direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Selasa depan manakala wanita itu direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

37  +    =  38