• Thursday, 17 June 2021, 2:31 pm

2 maut, 3 parah, 5 cedera ringan van terbabas langgar pembahagi jalan

 2 maut, 3 parah, 5 cedera ringan van terbabas langgar pembahagi jalan

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Dua maut, manakala tiga parah selepas van yang membawa sembilan pengawal keselamatan warga Nepal terlibat dalam kemalangan di Jalan Stulang Laut, di sini hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 7.30 pagi itu, seorang pemandu van warga tempatan maut tersepit dan seorang pengawal keselamatan warga asing itu yang duduk di tempat duduk depan turut meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

Sementara itu, tiga pengawal keselamatan cedera parah dan lima lagi cedera ringan selepas van berkenaan terbabas lalu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

Dua maut, manakala tiga parah selepas van yang membawa sembilan pengawal keselamatan warga Nepal terlibat dalam kemalangan di Jalan Stulang Laut

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Pegawai Bomba 1, Mohd. Suhaimi Abd. Jamal berkata, 12 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Mereka turut dibantu satu Unit Bantuan Perkhimatan Kecemasan (EMRS) sebuah Toyota Hilux dalam operasi tersebut.

“Mangsa yang cedera parah dalam kemalangan melibatkan van jenis Toyota Hiace itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dengan menaiki EMRS dan ambulans.

Seorang pemandu van warga tempatan maut tersepit dan seorang pengawal keselamatan warga asing itu yang duduk di tempat duduk depan turut meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kenderaan berkenaan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Identiti semua mangsa warga asing berkenaan masih belum dikenal pasti.

Operasi tamat kira-kira jam 9.30 pagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *