19,198 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

 19,198 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Sejumlah 19,198 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 1,979,698 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal menjadi negeri tertinggi mencatatkan pertambahan kes harian iaitu sebanyak 5,291 kes.

Katanya, turut mencatatkan pertambahan kes baharu ialah Selangor dengan 2,347 kes, diikuti Johor (2,110), Sabah (1,717), Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

“Ia disusuli Terengganu dengan 930 kes, Pahang (584), Kuala Lumpur (376), Melaka (340), Negeri Sembilan (283), Perlis (67), Putrajaya (32) dan Labuan (tiga),” katanya menerusi di media sosial beliau, hari ini.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

38  +    =  39