19 nelayan Vietnam ditahan tangkap ikan di perairan Malaysia

 19 nelayan Vietnam ditahan tangkap ikan di perairan Malaysia

Salah sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan kerana menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan kira-kira 10 batu nautika timur laut dari Pulau Pemanggil, Mersing semalam.

Oleh Nurman Nasyriq

MERSING, 26 April – Tindakan dua bot nelayan Vietnam menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan ke sampai mana-mana apabila ditahan kira-kira 10 batu nautika timur laut dari Pulau Pemanggil, di sini semalam.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing dalam Op Bersepadu bersama-sama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Johor menahan kedua-dua bot itu pada jam 2 pagi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, seramai 19 kru termasuk tekong berumur antara 18 hingga 52 tahun ditahan.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa mengesan dua bot yang memasuki perairan negara tanpa kebenaran dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri.

“Kedua-dua bot serta 19 kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semua tahanan juga akan menjalani saringan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan wabak itu.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti pencerobohan vesel asing bagi mengaut hasil laut dalam perairan negara.

Sebarang aduan jenayah boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor menerusi 07-219 9404.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7  +  3  =