• Thursday, 17 June 2021, 12:54 pm

17 termasuk pengurus dikompaun langgar SOP pengebumian

 17 termasuk pengurus dikompaun langgar SOP pengebumian

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 26 Mei – Polis mengenakan kompaun terhadap 16 ahli keluarga dan seorang pengurus pusat pengkebumian kerana menghadiri upacara pengkebumian sebuah taman peringatan di Ulu Tiram di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi.

“Semua mereka yang berusia antara 18 hingga 86 tahun dikenakan kompaun kerana majlis tersebut diadakan melebihi bilangan ditetapkan, iaitu sepatutnya 10 orang sahaja.

“Sebelum itu polis menerima aduan mengatakan terdapat ramai orang berkumpul di taman peringatan tersebut.

“Pemeriksaan dibuat mendapati terdapat 11 lelaki tempatan dan enam wanita tempatan sedang melakukan upacara pengurusan jenazah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, setiap ahli keluarga berkenaan dikenakan kompuan RM2,000 manakala pengurus premis tersebut RM1,000.

Tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021.

Jika sabit kesalahan, penganjur boleh dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 manakala setiap individu dikenakan kompaun RM2,000.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP ditetapkan semasa pelaksanaan PKP ketika ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *