17 penagih dadah ditahan polis

 17 penagih dadah ditahan polis

KEPALA BATAS, 22 Mac — Seramai 17 lelaki termasuk empat warga emas yang sedang leka menghisap dadah, ditahan dalam serbuan di sarang penagihan dadah di tiga lokasi berasingan di Permatang Tok Jaya, Pekan Darat dan Seri Pinang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka berusia 35 hingga 65 tahun berkenaan ditahan dalam Ops Sarang Khas, yang dijalankan bermula pukul 9 pagi dan tamat 12 jam kemudian.

“Pihak polis menjalankan serbuan itu hasil risikan dan maklumat awam berhubung lokasi yang dijadikan ‘port’ penagih dadah, dan semasa serbuan tersebut ada di antara mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami, namun tidak berjaya kerana berada dalam keadaan lalok atau khayal, berikutan sedang mengisap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya ujian air kencing semua mereka positif dadah dan polis turut merampas 8.4 gram (g) heroin, 1.3g syabu dan 0.6g ganja yang kesemuanya bernilai RM390, daripada tiga lelaki yang berperanan sebagai pengedar dadah.

Beliau berkata polis akan sentiasa menjalankan operasi di lokasi sarang penagih dadah yang dikenal pasti, bagi membendung kegiatan penagihan dadah dan menjual dadah yang dijalankan secara terbuka di sekitar daerah itu.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  77  =  83