165 etnik Pala’u dipindah Depoh Imigresen

 165 etnik Pala’u dipindah Depoh Imigresen
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
KOTA KINABALU, 5 Mac – Seramai 24 bayi antara 165 etnik Pala’u yang tiada kewarganegaraan dipindahkan ke depoh Imigresen selepas didapati menjadi gelandangan di sekitar Sembulan dan Inanam di sini, semalam.
Selain bayi, turut dipindahkan menerusi operasi bersepadu Ops Bangau itu adalah 27 kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki  (20) serta 52 wanita dewasa dan 42 lelaki.
Operasi mulai jam 8.30 pagi itu dijalankan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Imigresen mulai semalam hingga Ahad ini.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip, berkata pihaknya melancarkan operasi berkenaan susulan maklumat daripada orang awam yang bimbang dengan kewujudan etnik berkenaan di sekitar bandaraya untuk meminta sedekah.
Katanya, etnik Pala’u itu akan menjalani ujian saringan COVID-19 serta ditempatkan di penempatan sementara, sebelum dihantar ke Depo Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
“Sepanjang tempoh pengasingan, kumpulan etnik itu akan ditempatkan di penempatan sementara bagi menunggu keputusan saringan COVID-19.
“DBKK telah bertindak atas dasar kemanusiaan untuk menempatkan mereka di pusat penempatan sementara sebelum dipindahkan ke Depoh Imigresen dan tindakan selanjutnya kami serahkan kepada Jabatan
Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.Ops Bangau dijalankan susulan, tular di media sosial mengenai etnik berkenaan yang dikenali sebagai kumpulan masyarakat tinggal dalam perahu di perairan Semporna, dilaporkan naik ke darat dan datang ke bandar raya
ini untuk membuat penempatan haram, selain menjalankan kegiatan meminta sedekah.Sementara itu, seorang warganet yang dikenali Verslaggever Voor Altijd, mahu Jabatan Imigresen melakukan penyiasatan rapi kerana dibimbangi mereka yang dipindahkan ke Depoh Imigresen bukan etnik Pala’u, sebaliknya pendatang tanpa izin dari Filipina yang menyamar etnik berkenaan bagi mengelak ditahan pasukan keselamatan.
Bagi Syl’s Reynner, DBKK, Jabatan Imigresen dan RELA juga perlu menjalankan Ops Bangau di Asia City, di sini kerana ramai kanak-kanak disyaki anak pendatang tanpa izin yang meminta sedekah tanpa memakai pelitup muka.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  6