Fama galak jual durian guna media sosial

 Fama galak jual durian guna media sosial

RAUB – Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Mohamad Mustahapa Awang (kanan) melihat durian Musang King ketika meninjau aktiviti pengumpulan dan jualan durian Musang King untuk eksport ke Singapura di Sungai Ruan. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

RAUB, 27 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menggalakan lebih ramai pekebun durian di negara ini memasarkan keluaran kebun mereka menggunakan medial sosial bagi merancakkan lagi aktiviti pemasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Mohamad Mustahapa Awang berkata pengeluaran durian kini sudah mula berlaku di Johor namun pengeluaran beberapa negeri lain yang terkenal dengan raja buat itu masih belum bermula sepenuhnya.

Katanya, pekebun hari ini perlu terus melangkah maju kehadapan dengan menjadikan, media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter sebagai medium baharu untuk memasarkan durian keluaran mereka terutama ketika kemuncak musin berbuah.

RAUB – Durian Musang King mendapat permintaan tinggi di Singapura. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Menurutnya, dengan jumlah lebih 25 juta pengguna Facebook di negara ini pekebun perlu mengambil kesempatan untuk mempromosi serta menjual durian mereka dengan pelbagai teknik yang sesuai bagi menarik perhatian pengguna.

“Pada musim kali ini dijangka lebih 405,000 tan durian pelbagai jenis seperti Musang King, D24, Tekka, Udang Merah, IOI serta beberapa klon lain yang mempunyai peminatnya tersendiri akan keluar untuk pasaran tempatan dan di eksport.

“Jumlah pengeluaran durian di negara ini hampir sama sejak beberapa tahun lalu, namun ia dijangka bertambah pada masa akan datang apabila lebih banyak kebun serta ladang baharu dibeberapa negeri mula mengeluarkan hasil secara berterusan.

“Aktiviti jualan yang terhad berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memerlukan pekebun menggunakan media sosial untuk memasarkan durian mereka, kini terdapat beberapa pekebun di Pulau Pinang telah mula aktif menggunakan kaedah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau aktiviti pengumpulan dan jualan durian Musang King untuk eksport ke Singapura di Sungai Ruan, di sini semalam.
Hadir sama Pengarah FAMA Pahang, Noh Nik Wan.

Mohamad Mustahapa berkata, disebabkan sambutan menggalakan pada durian kampung dan klon setiap kali tiba musimnya menyebabkan episod lambakan raja buat itu tidak lagi berlaku seperti yang pernah berlaku sebelum ini.Buah yang pecah masih boleh dijadikan tempoyak dan pes.

RAUB – Durian Musang King yang terkenal dengan rasanya yang sedap. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Katanya, permintaan terhadap
tempoyak dan pes juga menggalakan, ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk hiliran selain menjadi bahan utama masakan ikan patin tempoyak yang begitu terkenal di Pahang khususnya di Temerloh.
Tambahnya lagi, FAMA sentiasa berusaha membantu pekebun durian terutama peringkat jualan dan penyimpanan termasuk menghasilkan produk hiliran, khidmat nasihat dan latihan diberikan bagi memastikan golongan berkenaan tidak berhadapan sebarang masalah.

Menurutnya, kini terdapat sebanyak 157 bilik sejuk milik FAMA seluruh negara yang boleh digunakan untuk menyimpan durian dan produk hiliran lain dalam tempuh masa tertentu sebelum dipasarkan.

“Pahang kini menjadi pengeluar utama durian jenis kampung dan klon diikuti Johor, Sarawak, Perak, Sabah dan Pulau Pinang.

“Daerah ini menjadi antara pengeksport durian tertinggi ke luar negara setiap tahun. Tahun lalu lebih 16,495 tan dihantar ke Singapura, China (8,158 tan), Hong Kong (4,117 tan), Amerika Syarikat (754 tan)
dan Australia (551 tan)

“Tahun lalu kita juga turut mengimport durian dari Thailand sebanyak 15,386 tan, Indonesia (103,48 tan) dan Vietnam (47.16 tan),” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  3