16 tan dadah bernilai RM5.2 bilion menjadi rampasan dadah terbesar Kastam

 16 tan dadah bernilai RM5.2 bilion menjadi rampasan dadah terbesar Kastam

Ketua Pengarah Kastam Dato’ Sri Abdul Latif bin Abdul Kadir di sidang media rampasan dadah

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui perkongsian maklumat perisikan dengan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menumpaskan kartel pengedaran dadah antarabangsa melibatkan Pil Captagon yang disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamine di Pelabuhan Klang, Selangor.

Hasil pembongkaran menjumpai anggaran sebanyak 94.8 juta biji Pil Captagon disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamie dengan berat kasar dalam anggaran sebanyak 16 tan bernilai kira-kira RM5.2 bilion yang disorokkan di dalam tayar troli.

Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur. Rampasan ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Berita dan gambar dari FB Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Berita selanjutnya menyusul.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  41  =  51