154 kanak-kanak yatim piatu akibat COVID-19

 154 kanak-kanak yatim piatu akibat COVID-19

Datuk Seri Rina Mohd Harun

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Seramai 4,422 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat COVID-19 dengan 154 daripada mereka menjadi yatim piatu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, berkata jumlah mereka yang juga murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) direkodkan sejak pandemik COVID-19 melanda awal 2020 hingga 13 September lalu.

“Daripada jumlah itu, 154 menjadi yatim piatu kerana kehilangan kedua-dua ibu dan bapa.

“Sehubungan itu, pihak kementerian mengambil inisiatif memberi bantuan dan sokongan bagi menampung keperluan hidup mereka.

“Bantuan disalurkan melalui tabung bantuan segera dan bantuan kanak-kanak daripada RM150 hingga RM1,000 sekeluarga. Selain itu, kita juga memberikan perkhidmatan kaunseling membabitkan kaunseling individu, berkelompok dan terapi psikologi,” katanya.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Rina berkata, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dan tiada waris atau saudara mara juga boleh ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Seksyen 17 Akta Kanak-Kanak 2001.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *