#WAAW Agnez Monica, buka klinik beri suntikan vaksin percuma

 #WAAW Agnez Monica, buka klinik beri suntikan vaksin percuma

JAKARTA : Penyanyi, Agnez Monica, 34, menzahirkan sifat prihatinnya dengan membuka klinik bagi memudahkan orang ramai mendapat suntikan vaksin.

Agnez atau pemilik nama penuh Agnes Monica Muijoto, ternyata amat mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan orang sekelilingnya.

Klinik tersebut berada di Rumah Sakit Lapangan (Rumkitlap) Ancol dan Mal Artha Gading, dengan kerjasama Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Pademangan, Jakarta. 

“Program ini sudah berjalan untuk beberapa waktu dulu, cuma saya sedar belum pernah sempat berkongsi di Instagram lagi. Lakukanlah vaksinasi secara percuma.

“Saya hanya ingin berkongsi ‘tour’ dari klinik yang kami bina bagi memastikan anda semua mendapat vaksin secara percuma. Caranya mudah saja, cukup cari tanda AG Peduli.

“Setidaknya setelah mereka pulang (setelah vaksin), anda juga boleh membawa pulang sedikit makanan. Antaranya adalah mee segera dan telur yang merupakan inisiatif menjayakan program vaksinasi,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Agnez memberitahu bahawa program suntikan vaksin secara percuma kepada orang awam sudah dilaksanakan sejak beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, klinik yang dibangun di sebuah lapangan terbuka itu memiliki kemudahan yang lengkap untuk vaksinasi. Di klinik tersebut terdapat 60 petugas kesihatan dan 120 sukarelawan.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *