15 pelajar timba kemahiran

 15 pelajar timba kemahiran

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts Zainab Ahmad melawat pameran pada Majlis Penutup Program PENJANA KPT-CAP Creative Sewing Instructor Kolej Komuniti Temerloh di Subang Jaya

SELANGOR, 11 November 2021 – Sebanyak 24 politeknik dan kolej komuniti terpilih seluruh negara terbabit dalam program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programmer (KPT-CAP).


Menerusi program berkenaan graduan diberi peluang mengikuti latihan dengan syarikat berkaitan selama dua minggu dalam usaha menambahkan lagi kemahiran dan pengalaman dalam jurusan yang pelajari.


Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Ts Zainab Ahmad berkata, program PENJANA yang disertai graduan menjadi kelebihan kepada mereka untuk berjaya dalam bidang yang disertai seterusnya membuka peluang yang lebih luas diterima bekerja dalam sektor awam dan swasta.


Menurutnya, program PENJANA yang diperkenalkan antara usaha kerajaan membantu golongan graduan mendapatkan pekerjaan yang sesuai selepas mereka menamatkan pengajian diperingkat politeknik dan kolej komuniti.


“Saya berharap graduan dapat menerima tawaran untuk mengikuti program PENJANA yang disediakan kerajaan, pengalaman yang diterima sepanjang mengikuti program berkenaan amat berguna dalam meneruskan kerjaya yang diminati.


“Kerajaan ingin melihat lepasan politeknik dan kolej komuniti diterima bekerja dalam sektor awam dan kerajaan dengan meraih pendapatan yang setanding kemahiran dimiliki,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program PENJANA KPT-CAP Creative Sewing Instructor Kolej Komuniti Temerloh di Subang Jaya, di sini semalam.


Hadir sama Pengarah Kolej Komuniti Temerloh, Mohd Yusof Yaziz.Program berkenaan kerjasama Unit Perhubungan Industri dan Alumni Kolej Komuniti Temerloh bersama agensi pelaksana Mostwell Sdn Bhd.Sementara itu Mohd Yusof berkata,seramai 15 graduan dari pelbagai institusi IPTA terpilih menyertai program PENJANA KPT-CAP yang dapat menambahkan lagi kemahiran dan pengalaman mereka.


Menurutnya, mereka merupakan graduan yang belajar dalam bidang pengajian fesyen dan pakaian, reka bentuk fesyen serta teknologi dan teknousahawan.


“Saya berharap selepas ini lebih ramai graduan dalam pelbagai jurusan terpilih menyertai program PENJANA KPT-CAP yang dianggap berguna untuk menambahkan lagi pengalaman seterusnya membuka peluang pekerjaan,” katanya.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *