• Monday, 21 June 2021, 4:01 am

15 mukim lagi di Besut dikenakan PKPD

 15 mukim lagi di Besut dikenakan PKPD

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat berduri di kawasan PKPD

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 22 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Besut akan diperluaskan kepada 15 mukim lagi berkuat kuasa 22 Mei sehingga 4 Jun.

Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara mukim yang terbabait dalam pelaksanaan PKPD itu ialah Mukim Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM mengesahkan sembilan daripada 17 kluster aktif di Terengganu melibatkan daerah Besut sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti.

“Sebelumnya, PKPD di Mukim Pelagat turut dilaksanakan di daerah sama sehingga 2 Jun akibat peningkatan kes, kadar positiviti tinggi serta kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi di lokaliti terbabit,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), sehingga ini 23 kes kematian akibat COVID-19 di Terengganu 13 daripadanya adalah penduduk di daerah Besut, itu bilangan tertinggi di negeri itu.

Sementara itu, Polis Daerah Besut akan menutup tiga laluan utama di daerah itu bagi mengekang pergerakan penduduk berikutan pelaksanaan PKPD di daerah itu.

Ketua Polis Daeerah, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata penutupan jalan terbabit berkuat kuasa pada 22 Mei.

Antara jalan yang ditutup ialah, Jalan Seberang Kastam memalui Jambatan Kuala Besut, Bulanatn Kampung Lampu menghala ke Jalan Seberang Jertih (Kampung Nangka), Jalan Seberang Jertih ke Bulatan Kampung Lampu, Jalan Seberang Jertih ke Bulatan Kampung Lampu (Kampung Nangka)
Selainn itu, Polis juga akan mengadakan enam Sekatan Jalan Raya (SJR) iaitu di Kampung Lampu, Nyior Tujuh, Gong Nering,Gong Medan,Lubuk Kawah dan Seberang Jertih.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *