147 individu dikompaun RM750,000

 147 individu dikompaun RM750,000

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU – Seramai 147 individu termasuk seorang wanita warga asing menerima padah apabila dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM750,000 keranq berhibur di pusat hiburan di Taman Ekoflora, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua individu yang berusia antara 18 hingga 53 tahun ditahan dalam serbuan Op Hiburan yang diadakan jam 10.30 malam 

Menurutnya, kesemua mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selain premis beroperasi tanpa lesen yang sah. 

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama Team Taskforce Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) JBS membuat serbuan dan pemeriksaan di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 51 wanita tempatan, 95 lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berada di premis berkenaan. Seorang daripada lelaki tempatan mengaku bekerja sebagai penjaga premis.

“Semakan rekod terhadap wanita warga asing yang ditahan itu mendapati berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan dokumen pengenalan diri masih sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas tiga resit perniagaan, satu mikrofon bertulisan Duretes, masing-masing sebuah ‘sound mixer’ jenama Alto Profesional dan Power Amplifier. 

“Kesemua yang ditahan dikenakan kompaun mengikut peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar SOP Fasa 4 PPN.

“Penjaga premis dikompaun RM25,000 manakala setiap seorang pelanggan yang berada dalam premis dikompaun RM5,000.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan dan sekiranya terdapat pelanggaran yang dilakukan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  −    =  8