14 PATI Indonesia baru mendarat ditahan

 14 PATI Indonesia baru mendarat ditahan

Oleh Nurman Nasyriq

PONTIAN, 19 April – Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang baru mendarat ditahan Batalion 5 Pasukan Gerak Am (PGA) Simpang Renggam di Jalan Laut Kampung, Sungai Buntu, dekat sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, semua PATI itu diberkas dalam dua serbuan berasingan di kawasan tersebut melibatkan dua kenderaan yang sedia membawa mereka ke lokasi ditetapkan.

Tangkapan pertama melibatkan empat PATI berusia antara 24 hingga 65 tahun yang ditahan dalam sebuah kenderaan bersama seorang pemandu lelaki dipercayai ‘transporter’ jam 2.05 pagi.

Hasil pemeriksaan lanjut yang di sekitar kawasan itu berjaya menahan satu lagi kenderaan dipandu seorang lelaki dewasa warganegara Indonesia yang juga dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ berumur 36 tahun.

“Dia ditahan bersama-sama empat lelaki dewasa dan lima wanita dewasa semuanya warga Indonesia berumur antara 22 hingga 53 tahun.

“Semua suspek dipercayai baru sahaja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM146,000. Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Akta Atipsom 2007.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  +    =  81