• Thursday, 17 June 2021, 1:22 pm

60 individu degil dikompaun tak ikut SOP

 60 individu degil dikompaun tak ikut SOP

KUANTAN, 5 Jun – Seramai 60 individu di daerah ini dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana didapati keluar tanpa sebab yang dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, kebanyakkan individu yang dikompaun itu terdiri daripada penunggang motosikal yang terlibat dengan aktiviti merempit.

Menurutnya, sebahagian lagi didapati gagal memberi penjelasan munasabah tujuan mereka berada di luar ketika ditahan pihak berkuasa.

“Dalam tempoh pelaksanaan
PKPD hingga kelmarin, jumlah keseluruhan individu yang dikompaun seramai 98 orang.
“Daerah ini melaksanakan PKPD bermula 24 Mei hingga esok dan orang ramai perlu berada di rumah, mereka hanya boleh keluar untuk urusan yang dibenarkan sahaja namun kita dapati masih ada yang terus berdegil,” katanya, di sini semalam.

Mohamad Noor berkata, secara keseluruhannya pematuhan orang ramai terhadap SOP agak memuaskan pada tahap 98 peratus ketika ini.

“Saya amat berharap pematuhan itu dapat terus ditingkatkan sambil menyeru orang ramai untuk terus mematuhi SOP bagi membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang agak membimbangkan ketika ini.

“Ibu bapa juga diminta lebih bertanggungjawab memantau aktiviti anak masing-masing dengan memastikan mereka berada di rumah dan tidak keluar tanpa tujuan dibenarkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Noor berkata, sejak perlaksanaan PKPD, kadar kejadian jenayah di daerah ini terkawal dan menunjukan penurunan kira-kira 20 peratus.
Bagaimanapun katanya, masih terdapat kes curi dan pecah rumah dilaporkan berlaku dalam tempoh itu.

“Kita akan terus menjalankan aktiviti pencegahan dalam memastikan kegiatan jenayah di daerah ini dapat dikawal sepenuhnya, kerjasama masyarakat diperlukan dalam menyalurkan maklumat,” katanya.

Mohd Fikri Mie

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *