• Monday, 21 June 2021, 2:51 am

Harimau Malaya perlu atasi dua kelemahan untuk lakukan kejutan

 Harimau Malaya perlu atasi dua kelemahan untuk lakukan kejutan

DUBAI 02 JUN 2021. Skuad Bola Sepak Kebangsaan, menjalani latihan ringan di Stadium Zabeel menjelang perlawanan menentang UAE dalam Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. WMY/Adli Ghazali

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 3 Jun – “Skuad Harimau Malaya mampu melakukan kejutan keatas lawan Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam ini sekiranya pemain dapat bangkit memperbaiki dua kelemahan ketara yang ada.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail.

“Turun dengan penuh keyakinan untuk mencatat kemenangan serta fokus pada permainan sepanjang 90 minit, insyaallah saya yakin sekiranya dua cabaran itu dapat diatasi pemain tidak mustahil kejayaan berpihak pada pasukan kebangsaan,” kata bekas pemain pertahanan negara Datuk Jamal Nasir Ismail.

Menurutnya, dia yakin jurulatih
Tan Cheng Hoe sudah dapat mengesan dua kelemahan berkenaan terutama selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan bertemu Kuwait dan Bahrain yang berkesudahan pasukan negara kecundang.
Katanya, benteng pertahanan perlu sentiasa bijak membaca setiap pergerakan penyerang lawan (UAE) yang dikatakan memiliki beberapa kelebihan, sokongan jentera tengah turut diperlukan dalam memastikan gawang gol tidak mudah digugat.

“Sedikit kesilapan dilakukan benteng pertahanan termasuk penjaga gawang pastinya mengundang padah buat skuad Harimau Malaya yang mengimpikan suatu kejutan bagi menutup aib pernah diterima sebelum ini.

“Tempuh 90 minit permainan juga perlu menjadi medan tempur buah barisan pemain, jangan leka melihat aksi lawan yang mungkin bermain dengan corak pantas.Seminit sahaja leka membuka ruang lebih luas gawang kita dibolosi,” katanya, di sini hari ini.

Jamal Nasir menambah, pemain bahagian tengah serta pertahanan perlu lebih banyak bertindak mengawal pemain lawan terutama ketika diasak, dengan cara itu ruang untuk lawan melancarkan serangan menjadi lebih sukar seterusnya pintu tidak mudah bolos.
Mengenai kehadiran beberapa pemain naturalisasiĀ beliau berkata, kemunculan mereka dapat memperkuatkan pasukan Harimau Malaya dalam usaha melakar kejayaan dipentas antarabangsa terutama selepas prestasi pasukan negara sebelum ini agak kurang menyerlah.

“Kini persefahaman dengan pemain tempatan ditagih dalam usaha memantapkan pasukan negara terutama pada saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang membuka tirai malam ini.

“Saya berharap kehadiran pemain naturalisasi memberi impak yang benar-benar berkesan buat pasukan negara, peminat bola sepak negara ingin melihat skuad Harimau Malaya berwajah baharu seterusnya membuka saingan antarabangsa dengan langkah kanan malam ini.

“Jadikan dua perlawanan persahabatan minggu bertemuĀ Kuwait dan Bahrain yang berakhir dengan kekalahanĀ sebagai kayu pengukur untuk jurulatih mengatur percaturan terbaik bertemu UAE di Stadium Zabeel, Dubai, malam ini,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *