• Sunday, 20 June 2021, 12:22 pm

Dua sahabat berdepan detik cemas kereta terbakar

 Dua sahabat berdepan detik cemas kereta terbakar

Oleh Nurman Nasyriq

KOTA TINGGI, 31 Mei – Dua sahabat berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan lalu terbakar di Felda Gugusan Waha, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi, kereta berkenaan terbabas dan hilang kawalan lalu terbakar.

Mangsa, Mohd Shazwan Shazni Oslan Shamsosuan, 26, dan Mohd Zulhilman Hussin, 29, sempat menyelamatkan diri selepas kereta berkenaan terbakar.

Seramai 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Suhaimi Md Ali berkata, kebakaran memusnahkan 90 peratus kenderaan berkenaan.

“Terdapat dua mangsa cedera akibat kemalangan ini dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi menggunakan EMRS.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi tamat pada jam 3.25 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *