12 terbunuh, ramai lagi cedera letupan gas di China 

 12 terbunuh, ramai lagi cedera letupan gas di China 

Foto agensi

WUHAN, 14 Jun — Insiden saluran gas meletup di wilayah Hubei  tengah China pada Ahad pagi meragut 12 nyawa manakala lebih 100 lagi cedera, termasuk 39 dilaporkan parah, kata pihak berkuasa tempatan.

Sehingga 12 tengah hari semalam anggota penyelamat telah menjumpai 150 mangsa di lokasi kejadian di bandar Shiyan.

Kejadian berlaku pada 6.30 pagi, Ahad di sebuah kawasan kediaman di daerah Zhangwan yang menyebabkan ramai terperangkap, lapor Agensi Berita Xinhua.

Jumlah korban sebenar masih belum dapat dipastikan memandangkan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

— BERNAMA

 

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1  +  7  =