• Sunday, 20 June 2021, 3:53 pm

12 jemaah solat di Johor, mulai esok

 12 jemaah solat di Johor, mulai esok

Tosrin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin serius, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengehadkan bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat fardu lima waktu dan solat Jumaat di masjid negeri itu, berkuatkuasa esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat hanya dibenarkan 12 orang dari kalangan ahli kariah, jawatankuasa pengurusan kariah serta pengurusan masjid dan surau.

“Manakala bagi solat fardu lima waktu, hanya empat orang sahaja dibenarkan iaitu imam, bilal dan noja. Jarak antara saf hendaklah diselangkan, manakala penyediaan ruang solat musafir adalah tidak dibenarkan.

“Selain itu, aktiviti ziarah tanah perkuburan Islam serta solat jenazah di masjid dan surau sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Walaubagaimanapun, pengebumian jenazah dibenarkan dengan 12 orang waris terdekat tidak termasuk petugas tanah perkuburan dengan syarat bukan jenazah pesakit COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 24 Mei lalu, Johor telah merekodkan 54,431 kes jangkitan dan mengakibatkan 221 kematian.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *