• Thursday, 17 June 2021, 1:36 pm

12 hospital swasta jadi pusat vaksin mulai hari ini

 12 hospital swasta jadi pusat vaksin mulai hari ini

Oleh Iqhram Ahmad

 

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Dr Anas Alam Faizli

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), 12 hospital swasta di tiga negeri akan mula beroperasi sebagai pusat vaksinasi COVID-19 PPV, mulai hari ini.

Ketua Eksekutif ProtectHealth Corporation, Anas Alam Faizli berkata dalam media sosialnya, sebanyak 2,250 vaksin akan tersedia sebagai permulaan.

“Dimaklumkan 12 hospital swasta akan bermula beroperasi besok 25 Mei sebagai PPV bermula dengan gabungan jumlah kapasiti 2,250 dos sehari di bawah PICK dan jumlah ini akan terus dipertingkatkan setiap minggu,” katanya menerusi Twitter semalam.

Pusat vaksinasi yang khusus kepada warga emas dan orang yang berisiko tinggi itu adalah percuma, sama seperti di pusat kerajaan.

 

12 Hospital Swasta yang terlibat:

SELANGOR

  • Hospital Pakar KPJ Selangor
  • MSU Medical Centre 

NEGERI SEMBILAN

  • Nilai Medical Centre
  • Hospital Pakar Senawang
  • Hospital UCSI
  • Hospital Pakar KPJ Seremban
  • Mawar Medical Centre

SARAWAK

  • Columbia Asia Hospital, Miri
  • Hospital Pakar KPJ Kuching
  • Rejang Medical Centre
  • Timberland Medical Centre
  • Borneo Medical Centre

 Jadi ayuh dapatkan vaksin masing-masing. Kita perlu ingat, VAKSIN YANG TERBAIK ADALAH VAKSIN YANG KITA BOLEH DAPAT SEKARANG.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *